Thursday, September 29, 2011

Dasar 1 Murid 1 Sukan

1.1 PENGENALAN
     Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong perlaksanna Falsafah Pendidikan Kebangsaaan yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
      Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberikan penekaan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Matlamat dasar ini memberikan perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).
      Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Jesteru,pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
     Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

Tuesday, September 27, 2011

Pembangunan Blog

Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) - Blogger (link blog diletakkan di MyGuru Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 30%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%); senireka persembahan blog (10%) dan kepelbagaian teknik serta kaedah mengajar/teknologi yang digunakan dalam blog (10%).

Monday, September 26, 2011

Sepatah dua kata daripada saya


     Salam 1 Malaysia dan selamat petang kepada semua rakan dan pengunjung blog pengajaran dan pembelajaran saya. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menghasilkan blog saya yang pertama.
     Setelah lulus semester pertama, sekarang saya telahpun bermula untuk menghadapi segala cabaran dalam semester kedua saya di sepanjang Program Pengajian Jarak Jauh di UPSI.
     Sebagai seorang guru, saya perlu memberi tumpuan dalam memperluaskan pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran saya; manakala sebagai seorang pelajar, saya perlu berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan tugasan dengan sebaik mungkin.
     Saya bercadang menggunakan blog ini sebagai platform untuk saya memaparkan pelbagai informasi berkaitan subjek Pendidikan Jasmani. Diharapkan para pengungjung blog ini akan memperolehi maklumat yang berfaedah. Pada masa yang sama, dengan pembangunan blog ini, dapat saya pelajari ilmu baru berkaitan teknologi.
      Sekian, terima kasih.