Tuesday, October 18, 2011

Sejarah dan Perkembangan Badminton

           Badminton telah dimainkan di Malaysia seawal 1809. Permainan badminton yang dikenali sebagai Poona pada ketika itu telah dimainkan buat pertama kali di Pulau Pinang oleh pegawai dari Syarikat East India, di kediaman Kaptain Francis Light. Kesan sejarah ini masih boleh dilihat di Methodist Boys School di Ayer Hitam. Di Muzium Pulau Pinang pula terdapat gambar beberapa orang perempuan dan juga pegawai British sedang bermain permainan Poona atau badminton.
          Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul-mukul bulu tangkis ciptaan mereka itu. Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian daripada penduduk disitu.
          Pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan. Persekutuan ini bertindak sebagai satu-satunya badan khas yang bertanggungjawab kepada segala hal yang bersangkutan permainan badminton di seluruh dunia. Pada 11 November 1934, Persatuan Badminton Malaya telah ditubuhkan. Presiden pertamanya ialah J.L Woods dari Perak.
         Pada masa yang sama Malaya terkenal kerana A. Samuel berjaya ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan All England. Pada tahun 1953 – 1957 Eddy Choong menjuarai empat pertandingan perseorangan All England dan menaikan nama Malaya. Pada tahun 1949 dan 1992 Malaya menjuarai Piala Thomas.
          Sukan Badminton berkembang pada tahun 1992 di Barcelona, badminton menjadiacara rasmi dalam sukan Olimpik. Rashid Sidek telah memenangi Pingat Gangsa dan dua pasangan beregu mendapat pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik tahun 1996.
          Akademi Badminton Malaysia(ABM) ditubuhkan pada tahun 1992. Salah seorang pemain yang berjaya dihasilkan ialah Dato’ Lee Chong Wei. Pada tahun 2000 ABM ditutup. Semua pelajar dipindahkan ke Sekolah Sukan Malaysia, Bukit Jalil.
          Terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP). Pelajar untuk sukan badminton ditempatkan di SSBJ.

Dato' Lee Chong Wei
          

No comments:

Post a Comment