Friday, November 11, 2011

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BADMINTON

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

i. Undang-Undang Asas

Permainan badminton memerlukan gelanggang, raket dan bulu tangkis. Badminton
boleh dimainkan dengan 2 orang atau 4 orang pemain. Semua lapisan peringkat
umur sama ada lelaki atau perempuan boleh bermain badminton. Badminton
juga boleh dimainkan secara suka-suka untuk mengisi masa lapang atau secara
pertandingan.

Terdapat acara berpasukan dan individu. Dalam acara individu iaitu perseorangan
lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta bergu campuran. Piala Thomas /
Uber dan Piala Sudirman ialah acara berpasukan.

ii. Memulakan Permainan
a. Bagi memulakan satu permainan, undian dibuat terlebih dahulu. Bulu
tangkis atau syilling boleh digunakan dalam undian.
b. Pemenang boleh memilih untuk memulakan servis, menerima servis atau
memilih petak gelanggang.
c. Pihak yang kalah, akan menerima pilihan yang berikutnya.

iii. Sistem Pengiraan Mata
a. Sistem kiraan mata dalam permainan biasa ialah 21 mata rali (‘the best of
three games’).
b. Mata akan diberikan kepada mana-mana pemain yang memenangi rali.
c. Perbezaan 2 mata diperlukan untuk menang.Jika tidak, permainan
diteruskan hingga 29-29. Pemain/pasangan pertama mencapai mata 30
dikira sebagai pemenang.
d. Dalam acara perseorangan jika pemain mendapat mata genap servis
dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan sebaliknya.
e. Dalam acara beregu jika mata genap pemain sebelah kanan akan membuat
servis dan sebaliknya.

iv. Masa Rehat
a. Setelah mana-mana pemain atau pasangan mencapai mata 11, rehat selama
60 saat akan diberikan.
b. Rehat antara game selama dua minit diberikan apabila sesuatu game
tamat.
v. Servis
a. Tidak boleh melengahkan servis selepas mengayun raket ke belakang.
b. Pemain yang membuat servis dan menerima servis tidak dibenarkan
memijak garisan gelanggang.
c. Kedua-dua belah kaki sentiasa menyentuh lantai gelanggang dan dalam
keadaan tetap.
d. Bahagian gabus bulu tangkis perlu disentuh dahulu semasa membuat
servis.
e. Bulu tangkis mesti berada di bawah paras pinggang dan batang (shaft)
mesti menghala ke bawah semasa melakukan servis.
f. Servis dilakukan setelah penerima telah bersedia.

vi. Servis Batal
a. Bulu tangkis disentuh oleh rakan sebelum penerima yang sepatutnya
menerima servis. Bulu tangkis melepasi bawah jaring.
b. Bulu tangkis jatuh di luar gelanggang servis.
c. Bulu tangkis melekat seketika di permukaan raket.
d. Bulu tangkis dipukul dua kali berturut-turut
e. Bulu tangkis tersangkut dijaring setelah melepasi jaring semasa membuat
servis.

vii. Servis Semula ( Let )
Diberikan sekiranya:-
a. Penerima belum bersedia dan tidak mencuba.
b. Pembuat servis dan penerima melakukan kesalahan serentak
c. Bulu tangkis melekat dijaring selepas melepasi jaring.
d. Semasa permainan, gabus pada bulu tangkis tercabut
e. Pemain diganggu oleh jurulatih pihak lawan
f. Pengadil tidak dapat membuat keputusan.

viii. Larangan Untuk Pemain
a. Jangan sengaja melambat-lambatkan permainan
b. Jangan sengaja merosak atau mengubahsuai bulu tangkis untuk menukar
kelajuan.
c. Tidak memijak garis semasa membuat servis, menyentuhi jaring atau
pemain menyentuh papan iklan.
d. Tidak berkelakuan kasar.
e. Jangan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran pengadil.

ix. Berlaku Batal Sekiranya
a. Menyentuh jaring atau tiang dengan anggota badan, raket atau pakaian
b. Raket melepasi atas atau bawah jaring dan mengganggu pihak lawan
c. Mengganggu pihak lawan dengan laungan kuat atau menggunakan isyarat
tangan.

x. Perlawanan Perseorangan
a. Pemain akan membuat servis pertama dari petak servis kanannya. Mata
genap di petak kanan dan kiri bagi mata bilangan ganjil.
b. Pembuat servis akan membuat servis secara melintang kepada pihak
lawan.
c. Pemain yang menang dalam game pertama akan memulakan servis dalam
game berikutnya.

xi. Perlawanan Beregu
a. Pada permulaannya, pembuat servis pertama akan membuat
servis dari gelanggang servis kanan.
b. Pasangan bergu yang menang rali akan bertukar petak servis
dan lawan kekal dalam petak servis masing-masing.
c. Jika pembuat servis itu kalah dalam rali, servis akan diberikan kepada pihak
lawan.
d. Semasa membuat servis, rakan pembuat servis dan rakan penerima servis
boleh berdiri di mana-mana tempat dalam petak tetapi tidak menghalang
pandangan pembuat servis dan penerima servis.
e. Pasangan yang menang ‘game’ itu, akan memulakan ‘game’ berikutnya.

27 comments:

  1. kenapa x leh nk copy???

    ReplyDelete
  2. nak copy la ... klau salin susahla nk wat kerja kolah.. T_T

    ReplyDelete
  3. kenape x boleh nak copy ???

    ReplyDelete
  4. geramnyee x leh copy :3

    ReplyDelete
  5. adoh x leh nak copy plak

    ReplyDelete
  6. right hand click, print, kat ruang print preview boleh highlight, ctrl+c, g kt words, ctrl+v..tadaaa

    ReplyDelete
  7. Asal tak boleh copy, baik tak payah buat blog kedekut sangat.

    ReplyDelete
  8. sumber dari mane erk, betul tak sumber ni, coz nak salin wat rules la

    ReplyDelete
  9. weh pesal tak leh copyyyyy warghhh kedekut arhh

    ReplyDelete
  10. ahkakk. kasi bukak lahhhh. mau kopiiie punyaaa. manyak kelekut ahhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  11. Aku bole je kopie.senang jer .cofee pon x tau ke.noob betol#pemain pro#guru kpd lee chong wei#pkai raket 2 inggit je

    ReplyDelete
  12. Bodoh2 je ko...lai la badminton

    ReplyDelete
  13. Bodoh2 je ko...lai la badminton

    ReplyDelete
  14. Daa hebat sgt ke ?

    ReplyDelete
  15. kedekut ilmu x berkat kat dunia.. ingat dh bagus sngat.. nk tnjuk kat sape diri ko tu.. x copy laa.. ingat leh wat ko kaya ker.. kecewa mak bapak ko

    ReplyDelete
  16. sesiapa yg nak nota badminton dalam words boleh emel saya di snazuras@yes.my

    ReplyDelete
  17. Terima kasih info ni. Sangat bermanfaat untuk saya adakan klinik badminton

    ReplyDelete
  18. AKU X LEH COPY PUN BRO

    ReplyDelete
  19. asal x leh copy? time dh jumpe plak lah x leh copy.. hish nk buat folio nihh T^T

    ReplyDelete
  20. Alah..nak copy pun korang tak tau..aku bole je copy..pastu nak marah2..pegi berguru dulu cara nak copy pastu bru main badminton

    ReplyDelete
  21. Alah..nak copy pun korang tak tau..aku bole je copy..pastu nak marah2..pegi berguru dulu cara nak copy pastu bru main badminton

    ReplyDelete